Monday, March 5, 2007

Produk Malaysia..

Batik dan songket amat sinonim dengan rakyat Malaysia apatah lagi produk ini telah diperluaskan penggunaannya agar produk ini lebih dikenali dan dihargai. Justeru itu pegawai kerajaan khususnya digalakkan memakai pakaian batik pada setiap 1 dan 15 haribulan pada setiap bulan bagi membantu meningkatkan pengeluaran batik negara. Seperti yang disarankan oleh Allahyarham Datin Seri Hendon pula, yang mana beliau menggalakkan penggunaan songket dalam majlis rasmi serta sekiranya boleh, dijadikan pakaian rasmi ke pejabat.

Kagumi Mercu Tanda Malaysia!!

Kuala Lumpur City Centre (KLCC) salah sebuah mercu tanda kebanggaan negara Malaysia. Pemandangan yang indah dapat dilihat pada menara berkembar ini pada waktu malam. Sesiapa yang bertuah, akan berkesempatan menyusuri jejantas yang menghubungkan menara berkembar ini. Melalui jejantas ini, kita akan dapat melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur. Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini kerana ianya adalah percuma!! Tapi, siapa cepat barulah berpeluang menyusurinya..

Sunday, March 4, 2007

Menara terkenal di Malaysia..

Adakah anda sebagai warganegara Malaysia mengenali menara yang dipaparkan ini?? Jika ya, anda memang anak kelahiran Malaysia!! Ya, gambar di sebelah kiri ialah Menara Condong Pisa yang terletak di Taiping, Perak yang merupakan salah satu tinggalan sejarah manakala gambar di sebelah kanan ialah Menara Kuala Lumpur yang mempunyai restoran berpusing dan kita juga boleh melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur melalui teleskop yang disediakan.....