Monday, March 5, 2007

Kagumi Mercu Tanda Malaysia!!

Kuala Lumpur City Centre (KLCC) salah sebuah mercu tanda kebanggaan negara Malaysia. Pemandangan yang indah dapat dilihat pada menara berkembar ini pada waktu malam. Sesiapa yang bertuah, akan berkesempatan menyusuri jejantas yang menghubungkan menara berkembar ini. Melalui jejantas ini, kita akan dapat melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur. Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini kerana ianya adalah percuma!! Tapi, siapa cepat barulah berpeluang menyusurinya..

2 comments:

Wan - Ain said...

Memang bangga bila Malaysia mempunyai antara bangunan yang tertinggi di dunia. Tapi saya dah fobia nak naik bangunan yang tinggi ni. Di Tropical Inn, JB. Saya alami gegaran gempa bumi. Waktu tu saya berada di Level 19. Apalagi saya pun cabut keluar .. Malangnya, lif pula tak mahu terbuka. Saya pun terpaksa turun menggunakan tangga. Cuba bayangkan saya turun dari Level 19 ke bawah. Sampai di bawah, kaki saya macam nak tercabut. Itulah pengalaman saya sewaktu berada di bangunan tinggi..

Noormaslina said...

wahhh!! memang cantik klcc tu..terpegun tengok.banyak kenangan mas kat klcc.tempat dating tu he...he..selalu jgak tgk wayang kat tanjung golden and pegi i-setan.Pernah jgak g sambut merdeka kat sana tp tak sampai 20 minit dah balik semula sbb takut sgt klcc dipenuhi lautan manusia terutamanya bdk2 punk.takutlahhhh